Saturday, September 17, 2011

Teka Teki Dan Jawapan (PART 1)

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.



Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.

Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.

Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.

Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.



Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?
- Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.



Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.



Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat.

Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
- Ayam kena pijak gajah.

1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
- Nombor plat kereta.

Ia boleh pecah tanpa disentuh?
- Janji.

Apakah warna telur burung merak?
- Burung merak tidak bertelur.



Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.

Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
- Orang Hamil.

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.



Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)



Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.



Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.

Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
- Gunung Everest.

Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.

Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.

Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.



Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.

Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.

Air apa paling berani?
- Air terjun.

Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.

Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates