Monday, August 22, 2011

5 sahaja dibenarkan jual mercun

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos - Hanya lima buah syarikat iaitu B-Win Trading & Marketing, Y.C.M Enterprise, Othman Ghazali Trading, Kiong Tiong Sdn Bhd dan Perniagaan Kukoh Bersatu dibenarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei untuk mengimport bunga api untuk dijual kepada orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba.

Polis telah menyenaraikan sebahagian daripada mercun dan bunga api yang mendapat kelulusan seperti pop pop snappers, glow of sunset, reconnaisance plane, spanish cracker, double view flowers fireworks, 0439 bumble bee, T6508 spurter fireworks, W669 five color cracker ball, T1659 jack in the box surprised, T6241 40'S magical shots, 3000'S jubilation firecrackers, 500'S shun lee hung firecrackers, assorted fireworks, sailing boat firecrackers, snowflakes, electric sparkle 12, city fest fountain, crazy robots dan racing car.

Di sebalik keghairahan membeli mercun, polis turut menyenaraikan nama mercun yang tidak diluluskan untuk penjualan kepada orang ramai seperti KO201-1 mini Jorge fireworks, KO201-3 jorge fireworks, FE9030 2000'S big red crackers, ground cakes, mini jorge fireworks, jorge fireworks, JYF0645-3 dragon eggs, W5268 spring butterflies, K0101 spanish cracker, 0445D-3 whistling moon traveler, K7702A happy planet 9 shot dan BW 10251 best rich 25 shots.

Penjual hendaklah membeli mercun dan bunga api daripada pengimport yang mendapat kebenaran sahaja. Sebagai langkah keselamatan, polis menasihatkan orang ramai supaya menitikberatkan keselamatan semasa bermain mercun dan bunga api kerana ianya boleh mengundang bahaya kepada mereka yang bermain mercun dan juga kepada orang lain.


MediaPermata > Click HERE

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates