Wednesday, March 14, 2012

10 ciri lelaki idaman wanita abad ini.

1. Romantik
Sifat lembut wanita yang suka untuk dibelai menyebabkan ciri lelaki romantik merupakan antara ciri utama yang diidamkan wanita. Biasanya lelaki romantik ni akan mampu mengucapkan ayat-ayat yang power yang boleh mencairkan hati wanita dengan kata-kata manis dan pujian yang mengasyikkan.

2. Bijak Bergaya
Siapa yang tak nak berdampingan dengan lelaki yang bergaya kan. Nak dikenalkan kepada rakan-rakan pun tak akan rasa malu. Sebaliknya akan merasa lebih bangga untuk memperkenalkan si dia sebagai kekasih/suami. SAY NO TO 'SELEKEH'.

3. Suka pada Kanak-kanak
Sangat jarang kita lihat lelaki yang suka dengan kanak-kanak. Tapi kalau ada lelaki yang macam tu, mesti dia mempunyai sifat penyayang yang tinggi. Sudah pasti juga dia akan dapat melayan kerenah kita wanita yang tak menentu macam kanak-kanak tu.

4. Bijak
Ada banyak maksud yang boleh mentakrifkan erti bijak ni. Terpulang kepada anda untuk menterjemahkan erti bijak tu.

5. Ada sense of humor
Romantik je tak cukup..kekadang kalau romantik sangat pun boring jugak..kekadang menyampah pun ada.Lebih seronok kalau lelaki tu pandai buat kelakar. Gelak tawa semasa dating akan membuahkan suasana bahagia ketika bersama. 

6. Percaya diri sendiri
Kepercayaan pada diri sendiri ni sangat penting kerana ia akan menjanjikan hubungan yang penuh komitmen dan keyakinan. Kalau tak ada kepercayaan pada diri sendiri, hubungan sukar untuk dikekalkan kerana lelaki akan dengan mudah melafazkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti "i tak yakin lah hubungan kita akan pergi lebih jauh." Tak pun, dia akan kata " u yakin ke hubungan kita akan kekal lama?"

7. Berpandangan jauh
Lelaki yang berpandangan jauh dalam hubungan ni akan merancang masa depan bersama pasangan untuk kebaikan berdua.

8. Kewangan stabil 
Bukan nak kata wanita ni mata duitan. Tapi nak makan pun perlukan duit kan..Lagipun ini adalah penting untuk memudahkan pasangan mendirikan rumah tangga. 

9. Beriman
Ciri yang ni agak sukar sekali untuk dibincangkan kerana ianya berkenaan dengan ciri peribadi individu. Tapi tak dinafikan ramai wanita yang mengidamkan lelaki yang beriman untuk membimbing ke arah kebaikan.

10. Sopan
Ciri ni pun penting jugak. Lebih-lebih lagi masa ajak datang ke rumah. Ciri kesopanan ni perlu ada untuk mengelakkan pasangan kita kena reject dek kerana tak bersopan. 

sumber : http://eza-zularyeza.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates